24 May, 2017

RAMADHAN TIBA....Bulan Penuh Keberkatan

Ramadhan Bulan Mulia
Di Antara Beribadat & Mencari Rezeki


Tinggal selang sehari Ramadhan akan menjelma buat semua umat muslimin dan muslimat untuk menunaikan puasa.

Alhamdulillah, bagi yang masih diberi kesempatan bertemu dengan tahun ini dan tak lupa kita doakan pada mereka yang telah pergi sebelum ini yang mana Ramadhan yang lepas adalah merupakan Ramadhan yang 'terakhir' bagi mereka. Kita doakan semoga amal ibadat dan roh mereka akan diangkat bersama dikalangan orang-orang yang beriman.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, namun adakah ini bermaksud kita perlu 100% tumpukan kepada hanya dengan beramal dan beribadah
di masjid semata-mata dan meninggalkan urusan dunia?

Rasanya, walau dibulan apa sekali pun bila kita lakukan apa sahaja tuntutan agama baik dalam beribadah atau melakukan perkara yang harus dengan niat kerana Allah s.w.t. maka itu adalah yang sebaik-baiknya. 

Cumanya di bulan Ramadhan kita telah dijanjikan pelbagai ganjaran yang lebih berbanding dengan hari biasa. 

Kalau waktu ada 'sales' atau'diskaun jualan' orang sanggup ambil MC, ambil cuti....tidur depan kedai takut tak sempat nak beli, berbelanja lebih berebut-rebut untuk mendapatkan barangan maka,
begitulah juga kita, bulan ini Tuhan memberi ganjaran yang lebih kepada umat islam untuk menambah bekalan di akhirat.
Rugilah kalau kita tak nak berebut-rebut?

Begitu juga dengan mencari 'rezeki'. Dengan hadirnya bulan ini sepatutnya jangan kita berhenti dari terus berusaha untuk mencapai apa yang kita cita-citakan.

Orang berniaga pasti ramai yang mempunyai pengalaman ini. Hasil jualan dibulan Ramadhan adalah hasil yang terbaik jika dibandingkan dengan 11 bulan yang lain. 

Saya sendiri tak nafikan. Saya sendiri tak yakin pada suatu ketika dahulu. Tahun 2013, kebetulan sewaktu saya berhenti dari bekerja hanya tinggal 2 minggu sahaja sebelum Ramadhan.

Tanpa perancangan yang kukuh, berbekalkan dengan modal hanya RM 1,400 saya terus ke pasaraya Giant. Beli meja lipat, sekaki payung besar, Tong Gas, dapur dan peralatan membungkus makanan.

Dengan tiada pengalaman berniaga, saya merancang untuk berniaga 'ikan bakar'. Oleh kerana masa telah suntuk, saya berniaga tanpa lesen aje dan bukan dibazar Ramadhan pun. Hanya di tepi jalan besar dikampung saya.

Hasilnya, dengan RM 1,400 modal asal, dan pusingan harian modal tak sampai RM 100....saya mampu mendapat untung bersih dalam minimum RM 300 sehari.

Saya hanya berniaga selama 3 minggu. RM 300 X 21 hari....OK kiraan secara 'cincai', saya dapat dalam RM 6,300.
Eh....bulan puasa tu!, rasanya gaji 'eksekutif' malah gaji seorang 'pengurus muda' pun tak cecah banyak tu.

Bermula dari situ, saya sudah jatuh hati dengan aktiviti 'Berniaga'. Ini saya buat tanpa belajar dari sesiapa pun....kos asas okla, pandaila kira. 
Letak harga....haaa, yang ni pun pakai letak aje. Tapi Alhamdulillah.....(Mungkin rezeki bulan puasa kot).

Saya bercerita bukan sekadar bercerita.......
Jika dalam waktu yang suntuk ini jika ada rakan-rakan yang masih tercari-cari ingin berniaga dan menambah 'duit raya'.....jangan putus asa, masih sempat lagi.
Namun jika ada yang target nak buat 'Online' dalam waktu yang singkat ini, dan niat anda nak duit sebelum raya.....saya agak tidak menggalakkan.

Berniaga 'online' nampaknya macam mudah. Jika anda lakukannya dengan menetapkan untuk mendapatkan hasil dalam jangka panjang....itu OK.  
Tapi kalau sekarang baru terkial-kial nak mula 'Online' lepas tu nak duit 'ribu riban' sebelum raya.....hmmmmmm.

Alternatif yang anda ada adalah 'Back To Basic'.
Cari perniagaan 'konvensional' .......

Contoh perniagaan paling mudah dan menguntungkan, jual minuman, air dalam balang.
Buat masa ni, jangan fikirkan 'bazar ramadhan'......tepi jalan laluan orang pulang dari kerja lagi bagus!.

Dulu-dulu sewaktu pulang dari kerja, sering terdetik dihati bila saya  terlihat orang-orang yang berniaga air ni, kesian pun ada.....mana taknya, balang tinggal separuh, hari dah hampir senja. Kesian pulak sebab pada pandangan saya waktu itu, ini pasti tak laku.

Nyata tanggapan itu salah. Malah bila difikirkan......dalam banyak perniagaan dipasar malam atau ditepi jalan, inilah perniagaan yang paling mudah!
Mereka ini lagi berduit berbanding anda yang memperolehi RM 3,000 dan RM 4,000 sebulan.

Pernah dengar istilah 'Jutawan Senyap'
Anda nampak mereka parking van buruk aje.......
Dah pergi rumah mereka?. 
Dah tengok kereta 'official' dia?.....silap-silap lagi hebat dari anda punya.

Kalau nak tau untung berniaga air ni macam mana, dapatkan sendiri cerita dan pengalaman dari orang yang menceburi bidang ini. 

Nak tahu cerita dan pengalaman anda boleh Klik dan Baca DISINI.

Nak Belajar Sesuatu anda boleh dapatkannya DISINI.

Nasihat dari saya pula
** Dulu saya seorang 'Senior Manager' disebuah syarikat corporate, tetapi saya OK aje berniaga tepi jalan ni;
(Nanti kalau ada masa saya ceritakan......
 masa saya masih bekerja sebagai Pengurus, saya pernah berniaga ditepi jalan pada hari minggu......rasanya tak jatuh pun maruah atau martabat saya...:-) )

Anda tak akan dapat menikmati sebuah kejayaan hidup atau nikmat berkat rezeki berniaga sekiranya;
1) Anda tinggalkan perkara asas iman dan solat 5 waktu - (Kadang-kadang kita bercakap benda yang sunat, solat dhuha, dan macam-macam tapi.....bagi saya 'sempurnakanlah yang wajib terdahulu!)

2) Anda ada perasaan Malu - (Malu kat orang kampung, dulu kerja hebat, sekarang berniaga tepi jalan aje?)

3) Terasa anda tidak layak untuk buat kerja-kerja kasar - (Angkat barang, pergi pasar beli ikan)

4) Malas - (Ini Sudah Pasti)

5)  'Comfort Zone' - (Anda sudah lama bekerja, gaji naik tiap-tiap tahun tapi hidup tetap macam tu aje, nak kata kaya tak jugak dan hidup anda akan berlalu macam tu aje)

6) Tak Mahu Belajar walau pun anda boleh memperolehi ilmu dari pembacaan sahaja - (Ini Ego masing-masing ler)

7) Sentiasa Negatif dan

8) Buruk sangka kepada orang yang ingin berkongsi ilmu dengan anda.

Jangan lupa, 
Berniaga tu, berniagalah jugak.......beribadah, berterawikh dan sebagainya dibulan Ramadhan kenalah dilebihkan amalannya.

Walau apa ceritanya
Tuhan juga pemberi rezeki yang jangan kita lupakan!
Sesungguhnya 
Tuhan itu maha Pengampun lagi Maha Pemurah !. 
PadaMu aku serahkan diatas usaha-usaha ku ini. Amin!

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.


No comments:

JANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET