16 May, 2017

Mula Membuat Saluran YouTube Anda

Tips Buat Duit Dengan YouTube




FAKTA TENTANG YOUTUBE

Tahukah anda anda, Youtube memperolehi hampir 5 billion 'views' setiap hari?. Ini membuktikan betapa hebatnya laman ini mendapat sambutan di internet.

Anda kenal Felix Kjallberg?.

Beliau merupakan pemilik PewDiePie (akaun peribadi youtubenya), beliau telah menjana 12 juta USD (Bukan Ringgit Malaysia tau...) dalam tahun 2015 dengan hanya membuat satu saluran Youtube sahaja. Anda boleh mencari kisahnya disini

Di dalam dunia ini sekiranya ada manusia boleh melakukannya, adakah ia menjadi perkara mustahil bagi anda?

IANYA SESUAI UNTUK SIAPA?

Jika anda seorang yang suka membuat rakaman video (tak kira video apa), seorang yang suka bercakap didepan kamera, merakam video pendek atau filem pendek maka ini adalah platform terbaik untuk anda menjana pendapatan.

APA SKILL YANG DIPERLUKAN?

Mempunyai kemahiran untuk mencipta rakaman dengan menggunakan perisian tertentu atau hanya menggunakan rakaman dengan menggunakan smartphone atau camcorder anda sendiri.

MASA YANG DIPERLUKAN UNTUK BERMULA

Anda boleh bermula dengan segera....sekarang juga anda boleh bermula. Anda boleh melawat laman YouTube.com, cipta saluran anda dan muatnaik video-video anda.

TIP-TIP

  1. Cipta saluran You Tube dengan tema yang lebih spesifik dengan minat anda. Contohnya; Tema-tema seperti Kelakar, Panduan Resepi, Sukan dan sebagainya. Buat sesuatu biar kena dengan minat anda.                                                                                                                         Contoh, jika anda minat sukan bola tempatan, anda boleh buat video review setiap games dimana anda boleh post video review anda tentang perlawanan terkini dan meminta pandangan dan komen daripada orang yang mempunyai minat yang sama terhadap perlawanan tersebut.
  2. Pilih tema yang anda betul-betul minat. Anda buat analisa dengan melihat contoh video orang lain yang dimuatnaik dan anda dapat berapa banyak views video seperti itu mendapat views. Ini akan dapat membantu anda untuk melihat potensi views terhadap video anda sendiri.
  3. Secara amnya, semakin banyak jumlah views anda dapat membuat andaian terhadap pilihan tema saluran You Tube anda. Jika ramai views ini bermakna lebih ramai orang yang akan membuat carian terhadap video berkaitan dengan Tema yang anda pilih.
  4. Sentiasa buat semakan di saluran anda agar konsep asal Tema anda tidak lari dan anda tidak memuatnaik video yang tiada kaitan dengan tema anda.
  5. Berikan yang terbaik untuk anda engage dan berhubung dengan khalayak anda (audience). Perhati segala komen yang ditinggalkan oleh khalayak anda terhadap video anda yang mereka tonton. Fahami apa yang diharapkan oleh mereka dari koleksi video-video anda.
  6. Sentiasa cari apa yang membuatkan khalayak anda suka (Likes) terhadap video-video anda dan apa yang mereka tidak suka. Dengan ini anda akan sentiasa perihatin untuk memuat naik video yang lebih disukai oleh penonton anda.
  7. Selidik saluran orang lain yang sama Tema dengan saluran anda dan cuba untuk duplikasi video bagaimana yang boleh menarik lebih banyak views. Awas, jangan tiru bulat-bulat hasil mereka, anda perlu kekalkan keunikan saluran anda sendiri.
  8. Sentiasa membaiki setiap video yang dimuatnaik agar ianya lebih baik daripada video-video terdahulu yang telah anda muatnaikkan sebelum ini.
  9. Sentiasa lakukan eksperimen, ekseperimen dan eksperimen. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan lihat bagaimana hasilnya, adakah ia dapat memberikan impak yang berbeza.
  10. Akhir sekali, cuba bekerjasama dan jalinkan hubungan dengan You Tubers yang melakukan perkara yang sama seperti anda. Belajar strategi dari mereka dan bagaimana cara 'mindset' mereka. Menjalinkan hubungan dan bekerjasama akan dapat memberikan sesuatu yang anda mungkin tidak dapat jangkakan.
  11. Akhir sekali, pastikan anda gembira, buat perkara-perkara yang anda suka dan sentiasa enjoy!

MACAMANA NAK JADIKAN YOUTUBE MESIN JANA DUIT?

Syarat utama untuk memastikan saluran You Tube anda membuat keuntunan adalah mudah, Lebih ramai orang views setiap video yang anda muatnaikkan, maka lebih banyak income yang akan anda perolehi.

Anda hanya perlu melakukan setting dan 'enable' (bolehkan) pilihan tersebut di bahagian 'setting' panel di You Tube.

Ianya teramat mudah.!



No comments:

JANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET