11 May, 2017

Malam Nisfu Syaaban & Malam Jumaat 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pembuka Bicara....






Alhamdulillah, pagi ni rasa aman damai aje, mungkin sebab hari ni hari Jumaat....ada keberkatanNya InshaAllah!

Semalam pulak sempatlah buat serba sedikit amalan sempena 'Happy Hours' yang dianugerahkan oleh Allah swt ....(malam nisfu Syaaban dan malam jumaat)....dan tak lama lagi Ramadhan dah nak menjelma. Semoga diberi kekuatan buat semua umat muslimin dan muslimat diseluruh dunia untuk menunaikan ibadah puasa ditahun ini.

Di pagi hening sebelum subuh tadi mula saya terasa nak selongkar kembali koleksi-koleksi Ebook yang saya ada simpan didalam laptop (Ada yang dibeli, ada yang dapat percuma)......yelah, membaca ni salah satu MINAT saya sejak muda remaja lagi. Pernah saya pasang angan-angan bila dah besar nanti saya nak memiliki rumah sendiri dan membina perpustakaan mini......masih belum terlaksana 100% lagi nampaknya.

OK, itu bukan ceritanya yang saya nak kongsi sebenarnya. Cerita sebenarnya.....saya nak rekemenkan anda satu bahan bacaan yang saya rasa MESTI ada dalam simpanan kita semua, lebih-lebih lagi sedara sesama islam kita.

Tajuk Ebook ini adalah RAHSIA REZEKI

Mula asalnya, saya nak baca sesuatu yang berkaitan dengan teknik PEMASARAN.....maklumlah saya berniaga ni selalu nak cari ilmu. Tup! tup!....terbuka hati ni nak tengok dan bila dah tengok terlajak 'kusyuk' pulak membaca ebook yang saya telah beli beberapa bulan yang lepas.

Sudahnya........terasa banyaknya yang saya terlupa tentang amalan, malah ada yang saya tinggalkan terus walaupun hukumnya hanyalah sunat (Tak jatuh berdosa pun) ,  Beristighfar, sedihnya Islam yang ada pada diri ini. Betapa nipisnya Iman yang ada. Apabila terlalu sibuk mengejar REZEKI DUNIA, membuatkan diri saya terlupa bahawa mengejar REZEKI DUNIA memang harus tetapi jika sedikit kealpaan kita terhadap YANG MEMBERI REZEKI, anda bayangkanlah.

'Saya ni bukanlah seorang yang bijak pandai untuk berbicara tentang agama, jadi bila membaca buku RAHSIA REZEKI ini setidak-tidaknya ia telah menyedarkan kembali hakikat sebenarnya bahawa segala hasil usaha kita adalah atas kehendak Allah swt.

'Janganlah jika ada rakan yang sudah berjaya.......maka kita mula mendabik dada mewar-warkan kejayaan yang dikecapinya adalah atas kehebatan dan kegigihan dirinya sendiri. Jangan mudah melepas kata terhadap rakan yang belum berjaya......lebih-lebih lagi ketika berucap dihadapan orangramai (Banyak berlaku dalam ceramah-ceramah Motivasi).

Mula memandang mereka yang tak berjaya sebagai orang yang tidak bersungguh-sungguh, pemalas, tak ada cita-cita.....kerana sesungguhnya anda tidak tahu, bagaimana kesungguhan mereka ingin mengubah hidup mereka, cuma hasilnya belum diizinkan dan berkemungkinan Allah swt telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk beliau.

Hishhh, panjang pula celoteh pagi ni.....tapi, alhamdulillah bila terbaca ebook ni pagi tadi hati rasa tenang.

Kalau ada yang berminat dan sememangnya saya rekemenkan tak rugi untuk rakan-rakan memiliki ebook ini. Harganya pun, kalau isi petrol dizaman ini.....tak sampai setengah tangki, jadi apalah sangat dengan nilai ilmu yang kita dapat.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang ebook RAHSIA REZEKI ni bolehla klik DISINI

Sesuai sangat bagi mereka yang pernah rasa;

Kenapala REZEKI aku susah sangat.........
Kenapa REZEKI dia mewah....sedangkan 
Kenapa aku selalu beribadat tetapi dia.......
Dapat gaji besar....tapi sentiasa tak cukup....
Selalu rasa tak ada REZEKI....

dan ketahuilah apakah makna REZEKI dalam konteks ISLAM yang selama ini kita ingatkan bahawa rezeki diukur hanya dari HARTA KEKAYAAN dan KEMEWAHAN sahaja.

dan diakhir pembacaan nanti, 
InshaAllah 
kita akan BERSYUKUR dengan nikmat Allah swt.

 SELAMAT BERPUASA SAYA UCAPKAN BUAT SEMUA.

Jika anda membeli;

  • Bacalah! jangan untuk disimpan SAHAJA. 
  • Amalkan Jika rasa ILMU AGAMA masih kurang
  • Jangan barang ada rasa sedikit pun RUGI sebeb membeli
  • Hadiahkan kepada anak.....teknik terbaik UNTUK mendidik 


NOTE : InsyaAllah RM2 untuk setiap keuntungan akan di infaqkan kepada tabung-tabung masjid disepanjang bulan Ramadhan 2017 ini.






No comments:

JANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET